Kalau Tak Agresif, Bukan GBP/USD Namanya!

800

Drama Brexit semakin mendebarkan pada dagangan minggu ini setelah pasaran kembali menyaksikan pergerakan drastik bagi mata wang Pound di sesi Eropah semalam.

Pada carta harga pasangan GBP/USD, harga yang menguji paras resistance 1.34400 kemudiannya jatuh menjunam 100 pips pada sesi Eropah selepas terkesan oleh perkembangan terbaru Brexit.

Pelabur terus memberi reaksi terhadap kenyataan oleh Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier bahawa rundingan masih lagi gagal mencapai persetujuan untuk beberapa isu kritikal termasuk perikanan.

Beliau turut memberi amaran rundingan harus dicapai sebelum minggu ini berakhir. Pelabur yang mentafsir situasi tersebut sebagai ‘kurang menyenangkan’ telah membuatkan nilai mata wang Pound susut ketara.

Setelah harga menjunam 100 pips pada sesi Eropah semalam, harga bergerak mendatar sebentar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta GBP/USD.

Harga menyambung penurunan pada sesi New York pula sehingga di bawah paras 1.30000 menjadikan penurunan harian sekitar 150 pips.

Namun menguji zon RBS (resistance become support) tersebut harga gagal teruskan penurunan lebih rendah sebelum harga pantul semula membuat kenaikan didorong oleh faktor penyusutan berterusan US dolar dalam pasaran sepanjang minggu ini.

Pada dagangan Khamis, harga dilihat masih meneruskan kenaikan pada sesi Asia menuju paras 1.34000 namun pada pergerakan yang perlahan sehingga bersambung di awal sesi Eropah.

Zon tumpuan 1.34000 akan diuji untuk pelabur menilai sama ada harga akan menyambung penurunan semula atau kekal meneruskan kenaikan.

Kenaikan akan menguji resistance 1.34400 sekali lagi sebelum destinasi lebih tinggi adalah dijangka pada 1.35000.

Sebaliknya jika harga menjunam semula,zon RBS 1.33000 akan menjadi tumpuan semula dan juga menjadi paras sokongan untuk menahan harga jatuh lebih rendah.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat