Kalau USD/CAD Turun Lagi, Ini Adalah Paras Terendah Sejak Januari

443

Dolar Kanada yang sensitif terhadap pergerakan harga minyak mentah dijangkakan untuk terus bergerak kukuh berikutan pandangan pelabur yang positif terhadap pasaran minyak yang mencatatkan peningkatan 3 minggu berturut-turut.

Menilai perbincangan oleh OPEC dan sekutu pada minggu ini, negara-negara pengeluar minyak akan dipastikan untuk memenuhi pengurangan pengeluaran minyak dalam usaha untuk mengimbangi jangkaan penurunan pada permintaan.

Sementara itu, data jualan runcit Kanada untuk bulan Jun yang bakal diterbitkan pada sesi New York sebentar nanti diramalkan catat bacaan yang meningkat.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD semalam kembali menunjukkan penurunan harga setelah menguji paras 1.32400.

Penurunan turut didorong oleh penyusutan US dolar susulan data tuntutan pengangguran AS diterbitkan dengan angka yang kembali meningkat di atas paras 1 juta.

Harga kembali bergera di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat awal trend bearish.

Harga dijangka meneruskan penurunan menguji paras terendah mingguan hampir di paras 1.31300 yang merupakan paras terendah dicatatkan sejak Januari lalu.

Paras support pada 1.31000 bakal menjadi destinasi penurunan selanjutnya dan pelabur akan menilai reaksi harga pada zon tumpuan tersebut.

Namun jika harga kembali melonjak semula, zon SBR (support become resistance) dalam julat 1.3200-1.32400 akan diuji harga semula sebelum meneruskan kenaikan menuju zon SBR 1.33000-1.33300.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat