Kamala Harris Umum Lantikan Baharu

730

Bakal Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris semalam mengumumkan pelantikan seorang lagi pegawai kanan di Rumah Putih, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam satu kenyataan, Harris mengatakan pembantu bekas Presiden AS Bill Clinton, Tina Flournoy akan menjadi ketua kakitangannya.

Bernama melaporkan, penasihat kanan pasukan peralihan Joe Biden-Harris, Rohini Kosoglu akan berperanan sebagai penasihat dasar domestik dan Nancy McEldowney yang merupakan veteran diplomatik, dilantik menjadi penasihat keselamatannya.

Pasukan peralihan Biden mengatakan semua lantikan tersebut ‘mempunyai pengalaman untuk bertugas seawal hari pertama’.

Harris pada akhir bulan lalu mengumumkan Symone Sanders akan menjadi penasihat kanan dan ketua jurucakapnya serta Ashley Etienne berperanan sebagai pengarah komunikasi.

Negeri-negeri AS sedang bersedia untuk mengesahkan kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya Presiden sementara Presiden Donald Trump, yang enggan mengakui kekalahannya, masih berusaha untuk membatalkan keputusan dengan memfailkan tuntutan mahkamah.

Harris, senator AS dari California bakal menjadi naib presiden wanita pertama negara itu yang berketurunan Afrika Amerika dan Asia Amerika apabila dilantik secara rasmi nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat