Kanada Catat ‘Trade Surplus’ Dua Bulan Berturut-Turut

37

Akaun yang mengukur import-eksport sesebuah negara ‘imbangan perdagangan’ (trade balance) bagi Kanada baru saja dikeluarkan sebentar tadi. Kanada merekodkan ‘lebihan dagangan’ (trade surplus) sebanyak $C0.9 billion kurang dari jangkaan pasaran sebanyak $C1.2 billion.

Imbangan perdagangan adalah hasil eksport tolak import yang mana jika hasilnya positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan dagangan) dan sebaliknya dipanggil trade defisit (kurangan dagangan).

Pada 2016 ‘trade defisit‘ masih meningkat kepada $C26.1 billion dari $C23 billion pada 2015.

Data kali ini mencatatkan kenaikan 0.8% dalam eksport yang merupakan kenaikan tiga kali berturut-turut. Ia berikutan dari harga yang lebih tinggi kerana jumlah ‘volume’ berkurang sebanyak 1.4%.

Eksport ke luar selain US meningkat 2.6% pada Disember ke paras tertinggi yang baru dan ‘trade defisit’ pula semakin mengecil dalam komponen ini.

Eksport ke US meningkat 0.2% dengan kenaikan 1.3% dalam komponen import. Ini mengecilkan ‘trade surplus’ dari $C4.7 billion kepada $C4.4 billion.

Kenaikan dalam data perdagangan Kanada pada suku keempat 2016 akan terus menyokong keyakinan dalam sektor ini. Data kali ini juga menggambarkan tiada isyarat dolar Kanada diancam oleh masalah kompetitif di luar negara. Data secara keseluruhan dilihat masih positif kepada ‘loonie’.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat