Kanada Catat ‘Trade Surplus’ Tiga Bulan Berturut-Turut

39

Lebihan dagangan (trade surplus) Kanada meningkat dengan tidak dijangka pada Januari dengan negara ini terus menjual lebih banyak barangan kepada global berbanding yang dibeli dari luar negara.

Lebuhan dagangan berkurangan kepada C$810 juta pada Januari berbanding yang dicatatkan sebelum ini sebanyak C$900 juta seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Kanada pada Selasa. Jangkaan bagi data kali ialah C$200 juta.

Imbangan perdagangan adalah hasil eksport tolak import yang mana jika hasilnya positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan dagangan) dan sebaliknya dipanggil trade defisit (kurangan dagangan).

Bagi Januari, eksport barangan dan perkhidmatan dinilai sebanyak $46.45 billion, manakala import $45.64 billion.

Perdagangan negara ini semakin kukuh sejak beberapa bulan lepas, dengan November dan Disember merekodkan lebihan dagangan dua bulan berturut-turut sejak dua tahun lalu. Untuk pengetahuan pembaca, perdagangan Kanada yang terbesar adalah dengan Amerika Syarikat negara jirannya. Jika negara ekonomi terbesar dunia ini mendapat momentum, ekonomi Kanada akan mendapat kesan positif secara tidak langsung.

Nilai rendah Loonie juga menjadikan harga barangan Kanada lebih murah dan menarik pembeli dari negara-negara luar. Untuk rekod, nilai US dolar meningkat 34% sejak tahun 2012 yang memberi kelebihan kepada Kanada.

Kedua-dua negara  ini terlibat dengan perjanjian perdagangan bebas NAFTA (North American Free Trade Agreement) dengan Mexico sejak 1994. Sejak Presiden Trump memasuki White House pada 20 Januari, beliau telah mengarahkan kajian semula kepada perjanjian ini bagi melindungi industri domestik AS.

Dua negara ini Kanada dan AS akan mengeluarkan data pekerjaan pada Jumaat yang merupakan data paling ditunggu-tunggu oleh pasaran setiap bulan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat