Kanada Dituduh Campur Tangan Dalam Urusan China, Jadi Boneka Amerika Syarikat?

211

China menuduh Kanada sengaja campur tangan dalam urusan hal dalaman negaranya setelah negara itu menangguhkan perjanjian ekstradisinya dengan Hong Kong dan menyekat eksport barang ketenteraan ke wilayah itu.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web kedutaan China di Ottawa, seorang jurucakap mengkritik tindakan tersebut dan menyifatkan kenyataan Kanada ke atas undang-undang baru itu sebagai tidak wajar.

Perdana Menteri Justin Trudeau pada Jumaat lalu mengatakan tindakan tersebut diambil sebagai menunjukkan protes terhadap pelaksanaan undang-undang keselamatan baru Hong Kong yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai.

Trudeau menyatakan kebimbangannya terhadap keadaan di Hong Kong berikutan pelaksanaan undang-undang tersebut, di samping turut mengatakan Kanada juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil langkah lain.

Dalam pada itu, Global Times iaitu saluran berita China yang sangat berpengaruh, mengecam tindakan pentadbiran Trudeau yang dilihat lebih berminat terhadap urusan Hong Kong daripada menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial dihadapi negara itu.

Malah, campur tangan Kanada di Hong Kong didakwa adalah bukan untuk mengejar keadilan hak asasi manusia seperti yang didakwa, tetapi hanya kerana bagi menjaga hubungannya dengan Amerika Syarikat.

Hal ini disebabkan kebergantungan Kanada yang tinggi terhadap ekonomi utama dunia itu, negara tersebut dikatakan lebih cenderung untuk menyokong semua isu yang diperjuangkan oleh sekutunya.

Tindakan terbaru Trudeau itu nyata telah memburukkan lagi hubungan antara dua negara yang telah menegang sejak keengganan Kanada untuk membebaskan seorang eksekutif Huawei bernama Meng Wanzhou yang ditahan dengan waran tangkap Amerika Syarikat pada Disember 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat