Kanada Kenakan Larangan Terhadap Huawei & ZTE

221

‘Orang Malaysia ok je pakai Huawei, tak takut pun dengan ancaman keselamatan siber.’

Apabila sebut mengenai smartphone keluaran China yang premium pasti jenama Huawei menjadi sebutan sementara produk ZTE, yang memfokuskan kepada segmen mid-range, memiliki peminatnya yang tersendiri.

Namun, pengguna smartphone di Kanada mungkin tidak dapat merasai lagi peranti keluaran Huawei dan ZTE kerana kerajaannya telah mengenakan larangan (ban) terhadap syarikat-syarikat tersebut.

Larangan itu dilakukan oleh Menteri Industri Kanada, Francois-Philippe Champagne, susulan kebimbangan terhadap rangkaian telefon 5G keluaran syarikat China yang dikatakan ‘terdedah kepada keselamatan siber‘.

Ketika mengeluarkan kenyataan Champagne berkata tindakan telah diambil bagi melindungi keselamatan dan kesejahteraan warga Kanada.

Perkara ini secara tidak langsung menyaksikan Kanada menyertai United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Australia dan New Zealand yang melarang produk keluaran Huawei dan ZTE berdasarkan perkongsian perisikan yang dinamakan ‘Five Eyes‘.

Risikan tersebut mendapati produk keluaran 5G syarikat-syarikat China tersebut mengandungi mekanisme untuk memantau dan berkongsi maklumat sulit, yang pernah digunakan suatu masa dahulu semasa Perang Dingin.

Sebagai maklum balas, Huawei Kanada menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu alat ‘politik yang mengecewakan‘ yang tiada perkaitan dengan keselamatan siber atau teknologi.

Selain itu, wakil China di Ottawa memberitahu berita bahawa Beijing melihat keputusan yang dibuat oleh Kanada sebagai ‘manipulasi politik‘ yang sengaja menindas syarikat China dan akan memberi kesan kepada ekonomi negara daun Maple itu.

Dalam pada itu, ZTE menyatakan tindakan tersebut sebagai spekulatif kerana mereka sentiasa mematuhi piawaian antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat