Kanada Mencatatkan Pertumbuhan Ekonomi 0.3% Pada September

52

Data KDNK Kanada yang dikeluarkan pukul 9.30 malam tadi menunjukkan peningkatan sebanyak 0.3% pada September yang merupakan pertumbuhan positif selama empat bulan berturut-turut. Kenaikan ini lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis sebanyak 0.1% dan pertumbuhan tahunan meningkat ke paras 1.9%.

Industri pengeluaran barangan merekodkan kenaikan 1.1% pada September walaupun peningkatan keseluruhan berada di paras 1.4%.

Dalam industri minyak dan gas sebanyak 2.7% peningkatan dicatatkan dan menyumbangkan pertumbuhan 3.6% dalam bacaan tahunan yang mana sektor tenaga merekodkan peningkatan sebanyak 6.5%.

Manakala keluaran pembinaan pula naik 0.7% pada September dengan 0.5% kenaikan dalam sektor pembuatan yang menyumbangkan pertumbuhan tahunan sebanyak 1.4% kepada keluaran barangan durables dan non-durables.

Pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan pula kekal di paras 0.1% pada bulan sama dengan bacaan tahunanan telah meningkat sebanyak 2.0% walaupun masih ada kelemahan dalam jualan borong.

Data yang dikeluarkan pada hari ini mengesahkan bahawa sektor minyak telah meningkat semula semasa suku ketiga denga ekonomi secara keseluruhan merekodkan pertumbuhan yang sederhana. Walaubagaimanapun, ramalan pertumbuhan masih dalam julat sederhana.

Data ini meningkatkan lagi potensi untuk Bank of Canada menunggu data-data di masa hadapan dalam jangka masa sederhana sebelum membuat sebarang keputusan sama ada ingin melonggarkan lagi polisi monetari sedia ada.

Dolar Kanada menguat sepanjang hari ini berikutan perjanjian pemotongan pengeluaran minyak oleh OPEC. Tidak dapat dipastikan kesan data KDNK kepada Loonie pada ketika ini kerana pasaran dunia memberi tumpuan terhadap mesyuarat OPEC sepanjang hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat