Kanada Rekod Akaun Dagangan Defisit Pada Februari

52

Akaun perdagangan Kanada merekodkan defisit (kurangan) sebanyak C$0.97 billion pada Februari berbanding tiga bulan sebelum ini yang mencatatkan lebihan. Januari mencatatkan lebihan C$0.4 billion, manakalan jangkaan pasaran kali ini ialah lebihan dagangan sebanyak C$0.5 billion.

Imbangan perdagangan (trade balance) adalah hasil eksport tolak import yang mana jika hasilnya positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan dagangan) dan sebaliknya dipanggil trade defisit (kurangan dagangan).

Selepas mencatatkan rekod tertinggi pada Januari, eksport kali ini jatuh 2.4% pada Februari di mana eksport merekodkan penyusutan dalam lapan dari sebelas sektor pada tempoh tersebut.

Eksport bahan api yang merupakan eksport terbesar Kanada susut 2.6%, walaupun meningkat 80% dari Februari 2016 berikutan harga minyak mentah yang tinggi. Manakala hasil hutan sust 5.1%.

Keseluruhan import pula meningkat 0.6% pada tempoh sama, walaupun komponen import jatuh dalam tujuh dari sebelas sektor.

Bank pusat Kanada (Bank of Canada, BoC) sebelum ini agak bimbang dengan trend eksport negara ini dan data terkini sudah tentu meningkatkan kebimbangan mereka.

Dolar Kanada melemah selepas data ini dikeluarkan dengan Usd/Cad menguji paras 1.3450.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat