Kapal Gergasi Sekat Terusan Suez, Apa Reaksi Harga Minyak?

1,596

Dagangan minyak mentah kembali susut pada awal sesi Asia ketika para pedagang terus memantau usaha untuk mengalihkan kapal besar yang tersangkut di tengah-tengah laluan Terusan Suez.

Harga telah jatuh rendah pada awal minggu ini disebabkan kebimbangan pasaran terhadap permintaan global yang mungkin terjejas berikutan gelombang ketiga Covid-19 yang melanda Eropah.

Ini telah mendorong harga minyak mentah WTI Amerika Syarikat susut di bawah $60 setong, sebelum ia kembali meningkat selepas terdapat laporan mengenai sebuah kapal kontena yang tersekat di tengah-tengah laluan perdagangan antara paling sibuk di dunia pada Rabu.

Kapal MV Ever Green milik Taiwan sepanjang 400 meter dan lebar 58 meter dilaporkan melanggar tebing di Terusan Suez selepas dibadai angin kencang sehingga mengakibatkan kapal itu terkeluar dari laluan asalnya.

Insiden ini telah menghalang trafik dan menyebabkan kesesakan lebih 100 kapal yang membawa segala jenis barangan dari minyak ke barang-barang pengguna lain.

Bagaimanapun, dagangan komoditi hitam kembali mencatatkan penyusutan lebih 1% pada sesi Asia hari ini disebabkan sentimen dari Eropah yang terus memberi tekanan buat pasaran.

Niaga hadapan minyak mentah diniagakan susut 1.6% pada $60.20 setong, sementara minyak mentah Brent pula merosot 1.4% ke sekitar harga $63.55 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat