Kapal Perang Amfibia Amerika Syarikat Tembak Jatuh Dron Milik Iran

599

Dengan ketegangan di antara Amerika Syarikat dan Iran yang masih belum reda, timbul pula isu terbaru yang menghangatkan lagi persengketaan dua negara tersebut.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengumumkan pada Khamis bahawa kapal perang amfibia milik Amerika Syarikat, USS Boxer telah menembak jatuh dron milik Iran di Selat Hormuz sebagai tindakan pertahanan.

Tindakan menembak jatuh dron tersebut diambil setelah ia menghampiri kapal dengan anggaran jarak 1000 meter, dihancurkan kerana dipercayai mengancam keselamatan kapal dan anak-anak kapal.

Trump berkata insiden ini adalah tindakan permusuhan terbaru oleh Iran selepas ketegangan ekoran serangan beberapa kapal berhampiran perairan Iran sebelum ini.

Pentagon, ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, telah mengesahkan insiden tersebut. Donald Trump juga telah menyeru beberapa negara lain untuk melindungi kapal milik Amerika Syarikat untuk melalui Selat Hormuz.

Komen daripada Trump tersebut telah meningkatkan lagi ketegangan Washington bersama Tehran selepas insiden serangan kapal tangki, serangan tembakan ke atas dron milik Amerika Syarikat dan disusuli rampasan oleh British ke atas kapal tangki minyak Iran.

Sehari sebelum itu, Amerika Syarikat telah mengecam aktiviti perairan Iran di Teluk Parsi dan permintaan membebaskan kapal tangki kecil dan anak kapal mereka yang ditahan pada minggu sebelumnya.

Dilaporkan bahawa pegawai Jabatan Negeri yang tidak mahu didedahkan identitinya, telah membincangkan isu berhubung Islamic Revolutionary Guard Corps, yang berterusan memberi ancaman terhadap kapal-kapal di sekitar perairan Selat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat