Kashkari: Majikan Masih Belum Menaikkan Gaji Pekerja

62

Pasaran masih lagi melihat perkembangan dalam pendirian The Fed terutama daripada presiden-presiden cawangan bank pusat sebelum keterangan oleh Yellen di hadapan Kongres US malam ini.

Sejak beberapa bulan lalu, inflasi telah bergerak di bawah sasaran bank pusat walaupun dengan pasaran buruh yang semakin ketat. Hal ini menimbulkan sedikit keraguan dengan kadar pengangguran meningkat pada Jun dari 4.3% kepada 4.4%.

Walaupun dengan keraguan terhadap data-data yang lemah sejak akhir-akhir ini, panduan ke hadapan (forward guidance) yang diberikan bahawa “kelemahan data-data tersebut hanyalah sementara” terus memberi keyakinan bank pusat akan menaikkan kadar faedah sekali lagi tahun ini.

Fed Brainard berkata pada Selasa bahawa beliau menyokong kenaikan kadar faedah Jun lalu dan juga pengurangan penyata imbangan dalam masa terdekat. Namun, beliau menegaskan sebarang kenaikan kadar selepas ini akan bergantung kepada prestasi data-data inflasi.

“Saya akan meneliti perkembangan inflasi secara berhati-hati, begitu juga dengan sebarang kenaikan Fed Fund Rate selepas ini agar sasaran infalasi 2% dapat dicapai,” kata Brainard.

Presiden Fed Minneapolis Neel Kashkari berkata pada Selasa beliau merasa sukar untuk mempercayai yang ekonomi dalam bahaya terlalu panas (overheating) tetapi dalam masa yang sama peningkatan gaji adalah rendah.

Kadar pengangguran 4.4% adalah di atas paras gunatenaga-penuh (full-employment) yang ramai penganalisis ekonomi percaya lebih rendah dari paras semasa, tetapi pembuat polisi menjelaskan ia salah satu sebab menaikkan kadar faedah, yang mana ditentang oleh Kashkari.

“Apabila perniagaan benar-benar memerlukan pekerja, mereka akan menaikkan gaji. Tetapi kita belum lagi melihat perkara ini,” kata Kashkari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat