Kasut Bernilai RM2 Juta

195

Pernah tak anda membayangkan harga sebuah kasut bersamaan dengan harga sebuah rumah mewah?

Pada Mei tahun lalu, kasut Nike Air Jordan 1 Chicago yang pernah dipakai oleh lagenda pemain bola keranjang dunia iaitu Michael Jordan dijual pada harga AS$560,000 (RM2.34 juta) menerusi acara lelongan oleh syarikat pembida Sotheby.

Kasut tersebut dihasilkan secara eksklusif untuk Jordan ketika musim pertama beliau dalam NBA pada tahun 1985 dan ditandatangani sendiri oleh beliau.

Nilai jualan itu melepasi rekod kasut sniker Nike keluaran 1972 iaitu ‘Moon Shoe’ yang dijual pada harga AS$437,500 (RM1.8 juta).

Harga lelongan berkenaan juga merupakan nilai paling termahal bagi sesi lelongan untuk sebuah kasut bola keranjang.

Menariknya, kasut terbabit mempunyai saiz yang berbeza iaitu sebelah kiri bersaiz 13 dan sebelah kanan pula bersaiz 13.5.

Kasut itu juga menjadi ikonik bukan sahaja kepada peminat bola keranjang tetapi juga untuk golongan pengumpul barangan mewah dan original.

Bagaimanapun pada Ogos tahun lalu, kasut Air Jordan 1 High yang turut pernah dipakai oleh Jordan memecahkan rekod jualan Air Jordan 1 Chicago apabila berjaya dijual dengan harga AS$615,000 (RM2.5 juta).

Antara faktor yang membuat kedua-dua lebih bernilai tinggi adalah disebabkan oleh tayangan dokumentari ‘The Last Dance’ yang memaparkan perjalanan musim terakhir Jordan bersama Chicago Bulls.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat