Katy Perry, The Chainsmokers Cetus Lonjakan Audius (AUDIO) Hingga Lebih 27%

377

Platform penstriman muzik berasaskan blockchain, Audius dikhabarkan menerima pelaburan sehingga $5 juta dari kalangan pendukung terkenal industri muzik.

Berita gembira ini dilaporkan semalam, mendorong pergerakan harga AUDIO yang positif dalam tempoh 24 jam.

Dengan nilai dagangan semasa penulisan mencecah $2.95, meningkat lebih 27%, AUDIO memerlukan lebih 40% untuk mencapai semula paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $4.99 yang direkod pada 27 Mac lalu.

Antara artis yang melabur di dalam Audius termasuklah: Katy Perry, The Chainsmokers, Nas, Jason Derulo, Pusha T, dan Mark Gillespie.

Tidak ketinggalan bekas CEO Sony Music, Martin Bandier, CEO firma pelaburan K5 Global, Michael Kives, dan CEO Society of European Stage Authors and Composers (SESAC), John Josephson.

Sebagai rekod, sejak bermulanya tahun 2021, lambakan artis antarabangsa sudah menceburi bidang aset digital dan blockchain. Misalnya Katy Perry yang dilaporkan akan melancarkan koleksi non-fungible token (NFT) pada Disember ini dan peminat dan pemilik NFT CryptoPunk, Jason Derulo.

Faktor utama artis berminat dengan Audius, seperti yang dijelaskan Nas dalam satu temubual: “Mereka yang memuatnaik karya di Audius akan menjadi pemilik kekal, tidak sama seperti di platform lain.

Setakat ini, Audius berjaya menerima pelaburan sehingga $8.6 juta, hasil daripada Coinbase Venture, Pantera Capital, Multicoin Capital, dan lain-lain. Tidak cukup dengan itu, pada pertengahan Ogos lepas, platform ini menjadi penstriman muzik pertama yang berintegrasi dengan TikTok.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat