Kaw-Kaw GBP/USD Junam Minggu Lepas, Dah Cecah Paras $1.1800

201

US dolar yang mengekalkan pengukuhan sehingga ke penutup sesi dagangan minggu lalu telah mendorong mata wang Pound menyusut sehingga ke paras terendah yang pernah dicecah pada sesi dagangan bulan Julai yang lepas.

Pelabur bakal menantikan terbitan data yang akan memberikan tindak balas kepada mata wang US dolar iaitu terbitan data pembuatan dan perkhidmatan (PMI) dan juga bacaan pertumbuhan ekonomi suku kedua Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, pelabur bakal memantau perbincangan pada acara tumpuan tahunan simposium Jackson Hole yang akan menghimpunkan orang-orang yang penting dalam pasaran kewangan global seperti gabenor bank pusat, menteri kewangan dan lain-lain.

Manakala bagi mata wang Pound pula, pelabur bakal menantikan terbitan data pembuatan dan Perkhidmatan UK (PMI) pada Selasa untuk penilaian prestasi semasa ekonomi UK setelah diancam inflasi yang memuncak.

Memantau pergerakan harga pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada minggu lalu, harga telah menjunam sehingga dagangan penghujung minggu menyaksikan paras terendah terbaru 5 minggu telah dicatatkan.

Sejak data inflasi UK diterbitkan pada Rabu lalu, harga telah menunjukkan penurunan sehingga melepasi paras sokongan pada 1.2000 dan sesi New York pada Jumaat telah menyaksikan harga susut sehingga ke zon support 1.18000 seperti dijangkakan penganalisis.

Setelah penurunan harian sekitar 140 pips dicatatkan pada Jumaat lalu ke paras 1.18000, harga dilihat telah mendatar di sekitar tersebut sehingga bersambung pada pembukaan dagangan awal minggu ini.

Pelabur akan kekal menilai pergerakan harga untuk berada dalam trend bearish di mana harga masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD dengan jangkaan penurunan harga bakal diteruskan lagi minggu ini.

Sekiranya harga berjaya meneruskan lagi penyusutan melepasi zon support 1.18000, harga bakal mencatatkan paras terendah terbaru 6 minggu dengan sasaran seterusnya adalah untuk menuju sekitar 1.16000.

Namun sekiranya sekali lagi harga melantun dari zon 1.18000, harga dijangkakan bakal menguji paras halangan MA50 terlebih dahulu dan juga rintangan pada 1.18800 dan 1.19400 sebelum pelabur menilai petunjuk bagi perubahan trend bullish.

Seterusnya, untuk kenaikan lebih tinggi yang diteruskan, harga bakal menguji semula paras 1.2000 pula yang dijangka akan membentuk zon SBR (support become resistance) terbaru buat harga.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat