NEM atau New Economy Movement adalah sebuah ekosistem dua rantai (two chain ecosystem) yang menyediakan penyelesaian kepada perniagaan serta individu.
Seperti sedia maklum, NEM telah melancarkan evolusi blockchain terawal pada 17 Mac yang dikenali sebagai Symbol.
Terbaru, NEM baru sahaja menaik taraf Desktop Wallet Version 1.0.4 yang ketika ini telah tersedia seperti yang diumumkan pada ciapan Twitter NEMofficial.
https://twitter.com/NEMofficial/status/1415246823892135936
Pelancaran itu juga membuat penambahbaikan dalam peningkatan kestabilan dan menyelesaikan sedikit masalah atau bug yang dialami pada sebelum ini.
Melihat kepada carta XEM/USDT, pergerakan harga XEM terus memaparkan lonjakan yang drastik melebihi 25% ketika sesi pergerakan pasaran hari ini.
Lonjakan itu juga telah menembusi paras tertinggi pada sebelum ni untuk mencatatkan ketinggian terbaru pada bulan Julai sekitar $0.147.
Paras SBR (support become resistance) $0.15 akan diuji dan ia juga merupakan paras sokongan yang terkuat pada dagangan Mei dan Jun.
Jika pergerakan harga XEM berjaya melonjak melepasi paras SBR $0.15, harga dilihat bakal menuju ke zon resistance $0.17-0.175 semula.
Sekiranya kenaikan tersebut tidak berjaya disambung, zon RBS (resistance become support) sekitrar $0.12-$0.125 akan kembali diuji.
Zon RBS $0.12-$0.125 berkenaan bakal dinilai oleh para pelabur bagi menentukan arah pergerakan seterusnya bagi harga XEM.
Manakala penurunan yang lebih rendah dijangka akan menuju ke paras RBS yang lebih rendah pada paras $0.11.
Setakat jam 4.00 petang waktu tempatan, harga XEM melonjak melebihi 13% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $0.13.
Lihat gambar carta matawang kripto XEM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.