Kawal Penggunaan ‘Senjata Hantu’ – Biden

247

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengeluarkan perintah eksekutif terhadap senjata buatan sendiri yang dikenali sebagai ‘senjata hantu’ kerana tidak berdaftar dan sukar untuk dikesan.

Perintah itu meliputi usaha untuk menetapkan peraturan bagi sesetengah senjata api, meningkatkan pemeriksaan latar belakang dan menyokong pencegahan keganasan tempatan.

“Keganasan membabitkan senjata api di negara ini adalah epidemik dan ini memalukan di peringkat antarabangsa,” kata Biden semalam.

Perintah eksekutif itu memberikan tempoh masa selama 30 hari kepada Jabatan Kehakiman untuk mengusulkan peraturan yang akan membantu mengurangkan penggunaan ‘senjata hantu’.

Senjata hantu berkenaan dipasang sendiri dan tidak mengandungi nombor siri serta sukar untuk dikesan. Pemeriksaan latar belakang juga tidak diperlukan untuk membeli alat pemasangan senjata.

“Sesiapa sahaja daripada penjenayah kepada pengganas boleh membeli alat dan dalam masa 30 minit sahaja, senjata itu boleh dipasang,” ujar Biden.

Pakar-pakar jenayah berkata, senjata buatan sendiri semakin banyak digunakan dalam kes jenayah. Lebih 40% senjata yang dirampas di Los Angeles adalah senjata hantu.

Berucap di Rose Garden, White House semalam, Biden berkata, kira-kira 106 orang dibunuh dengan senjata api setiap hari di AS.

Beberapa jam selepas arahan itu dikeluarkan, seorang lelaki bersenjata menyerang sebuah kedai membuat kabinet di Bryan, Texas, menyebabkan seorang maut manakala lima lagi cedera.

Seorang anggota tentera turut ditembak dan mengalami kecederaan ketika menahan suspek.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat