Ke Mana Arah Harga Emas Menjelang Akhir Dagangan 2021?

1,027

Logam berharga emas kekal bertahan di atas paras harga $1,800 per auns pada hari Selasa di tengah ketidaktentuan yang membelenggu pasaran menjelang penutup dagangan tahun 2021.

Pasaran dilihat lebih berwaspada dalam meletakkan posisi pada minggu ini, memperlihatkan dagangan logam kuning terus berlegar di sekitar harga yang sama.

Pada sesi Asia, spot emas diperdagangkan stabil pada sekitar harga $1,809, sedikit susut dari paras ketinggian satu minggu yang dicapainya pada sesi sebelum ini pada $1,813 per auns.

Sementara niaga hadapan emas pula diniagakan positif pada $1,810 per auns.

Laporan mengenai varian Omicron yang dikatakan kurang serius berbanding Delta sedikit sebanyak membawa keredaan terhadap kebimbangan pasaran.

Bagaimanapun, varian yang sangat mudah merebak itu juga telah mendorong lonjakan mendadak kes Covid-19 di seluruh dunia, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap impaknya kepada pemulihan ekonomi global.

Berikutan ketidakpastian ini dan risiko volatiliti harga yang tinggi menjelang penutup dagangan akhir tahun, pelabur mengehadkan posisi mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat