Ke Mana Arah Pergerakan Minyak Mentah Hari Ini?

253

Dagangan minyak mentah kekal stabil setelah mencatat keuntungan pada sesi sebelumnya berikutan kebimbangan terhadap varian coronavirus Omicron yang terus berkurangan.

Menjelang penghujung sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan berlegar pada sekitar harga $75.20 setong, susut sedikit dari paras $76 yang dicapainya pada sesi sebelum ini.

Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula didagangkan sedikit berubah pada $71.75 setong, selepas menyentuh paras $72 sebelumnya.

Harga minyak telah melonjak lebih tinggi sejak awal minggu ini setelah junaman ketara yang dicatatkan pada minggu lepas, didorong oleh keyakinan pasaran bahawa varian Omicron tidak akan menyebabkan kerosakan ekonomi yang besar.

Dalam pada itu, pelabur turut mengikuti perkembangan mengenai rundingan nuklear Iran, ketegangan antara Rusia dan Ukraine serta cuaca pada musim sejuk di hemisfera utara yang mungkin boleh memberi implikasi pada komoditi hitam.

Rundingan tidak langsung antara Washington dan Tehran untuk mengembalikan semula pakatan nuklear telah disambung semula seminggu yang lalu, tetapi terputus selepas pegawai Barat menyuarakan kekecewaan terhadap permintaan Iran.

Ini memberi kelegaan buat pelabur yang bimbang dengan kemungkinan pengeluaran minyak Iran akan kembali ke pasaran, dan menyebabkan bekalan bertambah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat