Ke Mana Arah Tuju Emas Selepas NFP?

831

Emas bertahan pada keuntungan yang diraih berikutan kelemahan US dolar akibat bacaan NFP Amerika Syarikat yang tersasar daripada jangkaan.

Memasuki sesi Eropah, logam berharga itu diperdagangkan di sekitar harga $1,897 per auns, manakala niaga hadapan emas pula diniagakan pada $1,899 per auns.

Pergerakan harga emas sedikit terbatas mungkin tertekan akibat kenyataan Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen yang mengatakan kadar faedah yang lebih tinggi akan menjadi nilai tambah bagi AS. Bagaimanapun, beliau tidak mencadangkan Federal Reserve (Fed) untuk meningkatkannya.

Pasaran kini menantikan penerbitan data inflasi AS pada hari Khamis untuk dijadikan petunjuk kepada penetapan dasar seterusnya daripada Federal Reserve (Fed) menjelang mesyuarat polisi pada 15 & 16 Jun ini.

Dagangan US dolar terus terkesan oleh bacaan data pekerjaan NFP AS yang mengecewakan jangkaan pasaran pada Jumaat lalu, menyebabkan hasil bon AS 10 tahun menjunam ke tahap terendah lima minggu.

Ekonomi AS hanya menambah 559,000 pekerjaan pada bulan Mei, berbanding jangkaan untuk kenaikan sebanyak 671,000. Namun, kadar pengangguran pula menunjukkan penurunan dari 6.1% kepada 5.8%, menunjukkan pasaran buruh masih bergerak ke arah positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat