Ke Mana Hala Tuju Seterusnya Bagi BitTorrent?

1,352

Platform Torrent sebuah desentralisasi yang popular dan semakin berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun, BitTorrent (BTT) berperanan sebagai perkongsian fail yang berasaskan peer-to-peer (P2P), dilancarkan pada Februari 2019 setelah diambil alih oleh TRON (TRX) dengan menggunakan standard TRC-10 pada blockchain TRON sendiri.

Secara ekslusifnya, BitTorrent kini merupakan protokol komunikasi P2P terdesentralisasi terbesar didunia dibawah kawalan Justin Sun.

Pada carta pergerakan semasa harga BTT/USDT, pergerakan harga mula membuat kenaikan yang mendadak lebih 3,000% dari awal bulan Feb sehingga 5 Apr 2021 dengan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $0.014.

Namun, BitTorrent gagal untuk meneruskan kenaikan seterusnya disebabkan Market ‘Crash” yang mendapat kesan daripada kejatuhan Bitcoin (BTC) sehingga membuat penyusutan ke paras sokongan sekitar $0.0030.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga sedang berusaha untuk memasuki zon SBR (support become resistance) sekitar $0.0046 dimana zon tersebut adalah sukar untuk ditembusi sebelum ini.

Sekiranya BitTorrent dapat menembusi paras rintangan tersebut, kenaikan yang lebih tinggi bakal menuju ke zon SBR seterusnya sekitar $0.0065 jika pergerakan menyaksikan trend Bullish.

Akan tetapi, jika BitTorrent menunjukkan pergerakan harga yang lemah, paras sokongan $0.0030 yang pernah dicapai sebelum ini bakal diuji sekali lagi dan bakal menjadi pemerhatian para pelabur.

Sewaktu penulisan, BitTorrent didagangkan $0.0036 susut 2% dalam tempoh 24 jam.

Lihat gambar carta matawang kripto BTT/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat