Ke Mana Jangkaan Arah Pergerakan GBP/USD Menjelang Mesyuarat BOE?

941

Matawang Pound Britain gagal mengekalkan pengukuhan nilai berbanding US dolar pada dagangan sesi New York semalam berikutan pengukuhan semula US dolar susulan data jualan runcit US yang diterbitkan dengan angka yang lebih tinggi berbanding jangkaan peningkatan oleh pasaran.

Membuat pelabur berhati-hati terhadap dagangan Pound adalah menjelang keputusan mesyuarat polisi monetari Bank of England (BOE) pada Khamis berikutan terhadap jamgkaan untuk bank pusat menurunkan kadar faedah ke paras negatif.

Data inflasi UK untuk bulan Mei yang diterbitkan pada sesi Eropah hari ini menunjukkan bacaan yang menepati ramalan iaitu menurun 0.5% berbanding 0.8% bulan sebelumnya.

Kadar pengangguran pada data yang diterbitkan semalam pula melihatkan angka masih kekal pada 3.9% berbanding jangkaan meningkat sehingga 4.7%.

Pada dagangan Selasa di carta harga pasangan matawang GBP/USD, harga yang menguji paras ketinggian sekitar 1.26800 gagal melepasi kenaikan ke paras lebih tinggi sebelum harga ditekan semula lebih rendah berikutan pengukuhan US dolar pada sesi New York.

Penurunan harga hampir mencecah paras sekitar 1.25500 dan menutup dagangan sesi New York di sekitar paras tersebut.

Menyambung dagangan pada hari ini, harga telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat awal trend bearish.

Penurunan harga dijangka akan menuju paras 1.25000 dan menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju pula paras tumpuan pada sekitar 1.23600 yang juga merupakan zon RBS.

Namun jika kenaikan harga berlaku semula, harga akan kembali menguji paras resistance dagangan semalam pada 1.26800.

Kenaikan harga yang diteruskan bakal menuju zon resistance sekitar paras 1.28000 yang gagal ditembusi pada minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat