Ke Manakah Arah Pergerakan Emas Hari Ini?

936

Permulaan dagangan awal minggu memperlihatkan logam kuning didagangkan sedikit meningkat berikutan kemerosotan matawang US dolar.

Spot emas meningkat 0.2% pada $1,954 per auns, manakala niaga hadapan emas pula diniagakan pada $1,960 per auns (3.20 petang waktu Malaysia).

Ancaman gelombang kedua Covid-19 kembali membelenggu sentimen apabila pertambahan mendadak kes di Eropah meningkatkan kebimbangan pasaran, lebih-lebih lagi di Britain.

Terbaru, salah seorang penasihat perubatan kerajaan memberi amaran bahawa UK kini sedang berada pada tahap kritikal, meningkatkan lagi kemungkinan bahawa negara itu akan menghadapi sekatan kedua di seluruh negara.

Sementara itu, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama pula didagangkan susut pada 92.85.

Pelabur yang berhati-hati menjauh daripada mendapatkan US dolar setelah data dari Johns Hopkins University pada Ahad menunjukkan bahawa kes baru Covid-19 telah meningkat sekurang-kurangnya 10% di 31 negeri di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, para pelabur kini menantikan ucapan oleh pembuat dasar Federal Reserve (Fed) pada minggu ini untuk mendapatkan petunjuk lebih lanjut mengenai pendekatan bank pusat AS terhadap inflasi.

Emas telah mencatatkan peningkatan sekitar 29% pada tahun ini ketika kerajaan dan bank-bank pusat di seluruh dunia mengambil langkah pelonggaran besar-besaran untuk menyokong ekonomi daripada impak pandemik coronavirus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat