Ke Manakah Arah Tuju Bitcoin (BTC) Dalam Jangka Pendek?

608

Komuniti kripto tidak mengharapkan kenaikan Bitcoin (BTC) ekoran kitaran semasa yang menunjukkan keadaan negatif.

Meneliti perkembangan harga BTC dalam tempoh empat minggu, raja kripto itu berjaya melonjak pada $20,000, sekali gus mencetuskan harapan untuk pemulihan walaupun dengan keadaan pasaran bearish tahun ini.

Namun ini bukanlah masa yang sesuai untuk para pelabur membeli aset digital tersebut kerana harga pasaran menunjukkan kejatuhan.

Menurut data Crypto Quant, kejatuhan pasaran secara berterusan telah menyebabkan pelabur jangka pendek kurang berminat untuk membeli BTC.

Bagaimanapun, semasa situasi BTC berada dalam keadaan sideway, para pelabur cenderung membeli aset digital tersebut susulan harganya mungkin meningkat sejurus selepas corak sideway berakhir.

Sebaliknya, kebanyakan pelabur akan membuat tindakan terburu-buru dalam menjual mata wang kripto jika terdapat situasi penurunan harga BTC.

Oleh demikian, pelabur baharu mempunyai peluang yang tipis bagi memperoleh keuntungan jangka pendek.

Kini, harga BTC meningkat sekitar paras harga $19,900 setelah mengalami turun naik yang tidak menentu.

Penganalisis menjangkakan harga BTC mungkin akan meningkat walaupun keadaan makroekonomi menunjukkan pasaran kripto tidak menguntungkan.

Pasaran kewangan pula dijangka mengalami kemerosotan teruk dalam masa terdekat ketika peniaga dalam pasaran saham percaya bahawa kemelesetan sudah tiba.

Baru-baru ini juga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran kepada beberapa bank pusat, termasuk Federal Reserve (Fed) AS berkaitan risiko kemelesetan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat