Keadaan Kesihatan PM Johnson Dilaporkan Stabil- Ini Kesan Terhadap Matawang Pound!

713

Pedana Menteri U.K Boris Johnson dilaporkan oleh jurucakap beliau bahawa beliau berada dalam keadaan “stabil” dan berada dalam keadaan yang baik pada hari Selasa dan pada ketika ini beliau sedang menjalani rawatan yang sepatutnya dalam unit rawatan itensif.

Tambah Jurucakap beliau, Boris Johson kini suda boleh bernafas tanpa alat bantuan lain.” Beliau tidak memerlukan alat pengudaraan mekanikal ataupun sokongan pernafasan untuk bernafas”.

PM Johnson yang dimasukkan ke hospital pada malam Ahad (waktu UK) telah menjalani beberapa ujian. Menurut Downing Street, PM Johnson dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga berikutan beliau masih menunjukkan simptom berterusan iaitu mempunyai suhu badan yang tinggi setelah 10 hari disahkan positif COVID-19.

Susulan daripada berita PM Johnson dimasukkan ke hospital, matawang pound didagangkan di sekitar paras $1.2234 pada sesi Asia hari ini, menyusuli 0.3% penurunan pada hari sebelumnya sejak PM Johnson dilaporkan dimasukkan ke hospital.

Setakat ini, Setiausaha Luar Dominic Raab telah diarahkan untuk mengambil alih tugas-tugas dalam urusan negara. Matawang GDP telah mengukuh sebanyak 1.03% berbanding US dolar setakat jam 10.20 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat