Keadaan Semasa Matawang Utama Dunia, US Dolar Mengukuh Pada Selasa

246

US Dolar medapat sedikit kekuatan pada Selasa apabila perhatian pelabur kepada siasatan campur tangan Russia semakin berkurangan.

Pasangan matawang USD/JPY naik 0.19% pada sesi US ke paras 113.40 selepas mencecah paras terendah 112.96 pada Isnin.

US Dolar tertekan selepas Bekas pengurus kempen Presiden Donald Trump, Paul Manafort dan ahli perniagaan Rick Gates, mengaku tidak bersalah atas tuduhan konspirasi terhadap Amerika Syarikat, penggubahan wang haram dan beberapa dakwaan kewangan lain. Pendakwaan adalah yang pertama di bawah Pendakwa Raya Khas Robert Mueller, susulan siasatan berhubung campur tangan Rusia dalam Pilihan Raya Presiden pada 2016.

Para pelabur ketika ini bimbang dengan dakwaan yang akan mengalihkan fokus Trump daripada agenda polisi reformasi cukai.

Pelabur juga sedang menunggu kenyataan polisi oleh The Fed pada pagi Khamis untuk mendapat isyarat terkini tentang pengetatan polisi Fed di masa akan datang.

Trump juga dijangka akan menamakan pilihannya untuk menduduki kerusi Pengerusi bank pusat US (The Federal Reserve) dalam beberapa hari lagi. Pasaran ketika ini melihat Trump lebih cenderung kepada Jerome Powell yang kurang hawkish dan sesuai dengan polisi kerajaan yang mahu meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pasaran pekerjaan.

John Taylor pula dilihat terlalu hawkish dan tidak sesuai dengan polisi semasa fiskal kerajaan Amerika Syarikat. Jika Taylor dipilih, polisi monetari mungkin akan diketatkan dengan lebih pantas seterusnya menyebabkan kenaikan US dolar. Kenaikan US dolar pula akan menekan permintaan import daripada luar negara terhadap barangan US dan menekan pasaran pekerjaan negara ini.

Dolar New Zealand pada Selasa tertekan dengan komen yang dibuat oleh bakal Perdana Menteri New Zealand, Jasica Ardern bahawa halangan kepada pelabur asing akan dibuat seawal Januari 2018. Halangan kepada pelabur asing untuk membeli rumah sedia ada akan bermula pada awal 2018, kecuali kepada pembeli-pembeli daripada Australia.

Matawang GBP pula meneruskan kenaikan pada Selasa apabila pemain pasaran terus menyerap (priced-in) kenaikan kadar faedah Bank of England pada Khamis.

Dolar Kanada pula tertekan selepas data pertumbuhan ekonomi (GDP) meleset pada Ogos. Dalam laporan yang dikeluarkan Jabatan Statistik Kanada, gross domestic product, GDP (Keluaran dalam Negara Kasar, KDNK) meleset sebanyak -0.1% pada Ogos. Jangkaan pasaran untuk data kali ini meningkat 0.1%.

Matawang Australia dan New Zealand dolar menyusut berbanding matawang U.S dolar. Penyusutan ini adalah disebabkan laporan rasmi pengilangan PMI China menunjukkan pengurangan dalam pertumbuhan daripada jangkaan dalam sektor pembuatan pada bulan Oktober apabila Indeks PMI mencatat bacaan 51.6 pada bulan Oktober berbanding bulan September yang mencatat bacaan 52.4.

Matawang Aussie sensitif dengan dengan data ekonomi China, kerana hubungan perdagangan yang kuat antara kedua buah negara tersebut. China merupakan pengimport terbesar komoditi dari Australia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat