‘Keadaan Yang Mencemaskan’ – Sentimen Perniagaan Kecil A.S Bulan Jun Terkesan!

925

Keyakinan perniagaan kecil AS dilaporkan jatuh ke paras paling rendah dalam hampir 9-1/2 tahun pada bulan Jun di tengah-tengah kebimbangan terhadap inflasi namun permintaan dalam sektor buruh kekal kukuh apabila perniagaan terus mengembangkan operasi mereka berdasarkan salah satu tinjaun yang dikeluarkan pada hari Selasa.

Persekutuan Perniagaan Bebas Kebangsaan (NFIB) melaporkan Indeks Optimis Perniagaan Kecil jatuh 3.6 mata pada bulan lepas kepada 89.5, paras terendah sejak Januari 2013. Tiga puluh empat peratus pemilik berkata bahawa inflasi adalah masalah tunggal terbesar mereka dalam menjalankan perniagaan mereka.

Harga pengguna melonjak, didorong oleh rantaian bekalan global yang terjejas teruk dan rangsangan fiskal besar-besaran daripada kerajaan pada awal pandemik Covid 19. Kemudian IHP tahunan A.S pula meningkat pada kadar yang tertinggi sejak awal 1980 an. Situasi bertambah buruk apabila tercetusnya perang berlarutan Rusia terhadap Ukraine, yang telah menyebabkan lonjakan harga makanan dan bahan api di seluruh dunia.

Inflasi yang melambung tinggi telah menekan The Fed untuk mengguna pakai dasar monetari yang agresif sehingga ia dapat meletakkan ekonomi pada kemelesetan. Bank pusat A.S. telah menaikkan kadar dasarnya sebanyak 150 mata asas sejak Mac. Ia dijangka menaikkan kadar faedah semalaman sebanyak 75 mata asas lagi bulan ini.

Waima begitu, kos pinjaman yang lebih tinggi dan kebimbangan terhadap kemelesetan tidak memperlahankan permintaan untuk buruh. Tinjauan NFIB menunjukkan 50% pemilik melaporkan pembukaan pekerjaan yang tidak dapat mereka isi pada bulan Jun, turun satu mata daripada bacaan Mei. Kekosongan itu merangkumi buruh mahir dan tidak mahir.

Permintaan yang kukuh untuk buruh, yang digariskan oleh pertumbuhan pekerjaan yang lebih kukuh daripada jangkaan pada bulan Jun, menimbulkan harapan bahawa sebarang kemelesetan ekonomi akan bersifat sementara dan sederhana.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat