Kebangkitan Kes Covid-19 Seluruh Dunia Kembali Resahkan Pelabur

267

Dolar greenback memaparkan sedikit kenaikan pada sesi Eropah, selain turut memperlihatkan dagangan mata wang berisiko mula mencatat penyusutan susulan perkembangan terbaharu mengenai Covid-19.

Dolar Aussie berundur dari paras ketinggian satu minggu susulan laporan mengenai kes coronavirus di Australia yang buat pertama kalinya mencecah angka lebih 10,000 sejak pandemik bermula.

New South Wales (NSW), negeri yang mempunyai populasi paling tinggi di Australia melaporkan 6,324 kes pada hari Isnin., di samping turut mengesahkan kematian pertama akibat varian Omicron.

Ancaman terbaharu dari Omicron tampaknya akan membuatkan pemulihan ekonomi di beberapa negara akan terjejas walaupun ia pada mulanya dilaporkan tidak membawa penyakit serius berbanding varian Delta.

Berikutan cirinya yang sangat mudah merebak, negara-negara di seluruh dunia berisiko untuk mencatatkan peningkatan mendadak kes Covid-19.

Hal ini secara tidak langsung menyebabkan pelabur bimbang akan impaknya terhadap pemulihan global.

Pada sesi Eropah, indeks dolar menunjukkan kenaikan ke sekitar harga 96.20 susulan pengunduran beberapa mata wang utama.

Sementara itu, mata wang pound kekal mempertahankan pengukuhannya pada 1.3400 meskipun berdepan ancaman pelaksanaan sekatan yang lebih ketat menjelang Tahun Baru di England.

Dalam pada itu, euro diniagakan sedikit susut tetapi masih menguat di atas harga 1.1300 di tengah kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat di Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat