Kebangkitan Tak Dijangka, GBP/USD Berjaya Meningkat 200 Pips

468

Kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD nampaknya lebih tinggi berbanding jangkaan walaupun Pound Sterling kekal berada dalam kelompok dagangan yang berisiko.

Situasi ini dilihat lebih didorong oleh faktor penyusutan US dolar menuju ke penghujung minggu selepas sentimen pasaran yang sedikit pulih selain data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam kembali meningkat.

Menuju dagangan penghujung minggu, harga telah meningkat sekitar 200 pips dari paras sokongan 1.36000 menuju ke zon SBR (support become resistance) pada 1.38000.

Pada Rabu, harga telah melonjak melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat bullish.

Seterusnya, pada dagangan semalam harga menyambung lonjakan disokong pada paras 1.37000 menuju ke paras 1.38000 untuk mengekalkan corak kenaikan harga.

Sesi Eropah dan New York hari ini (Jumaat) bakal mempengaruhi pergerakan harga berikutan data sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK dan AS bagi bulan Julai akan menjadi tumpuan.

Sekiranya harga berjaya tembus zon 1.38000-1.38300, pergerakan pada trend bullish itu dilihat akan menguji semula zon rintangan pada 1.39000-1.39200.

Jika harga masih berjaya meneruskan kenaikan melepasi zon tersebut, paras tumpuan pada 1.4000 bakal jadi sasaran utama harga.

Namun, jika harga kembali menjunam semula, paras 1.37000 akan diuji terlebih dahulu sama ada zon tersebut mampu menyokong kenaikan harga atau tembus lebih rendah.

Penurunan yang terus berlaku akan mendorong harga kembali menuju paras sokongan mingguan pada 1.36000 semula.

Bagi penurunan yang lebih rendah, zon support 1.35000 akan menjadi sasaran untuk mencatatkan paras terendah terbaru sejak dagangan Januari.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat