Kebarangkalian Parti Konservatif Memenangi Majoriti Dalam Pilihan Raya Semakin Meningkat!

473

Matawang pound mengukuh ke paras tertinggi 7 bulan berbanding Euro dolar pada hari selepas undian penting yang dijalankan menunjukkan rakyat cenderung kepada parti Konservatif.

Berdasarkan undian YouGov yang dijalankan, hasil mendapati bahawa jangkaan parti Konservatif akan memenangi 359 kerusi manakala kemenangan kerusi parti buruh telah jatuh kepada 211 kerusi.

Menurut pakar strategi matawang di Credit Agricole, “Kami menjangkakan matawang akan kekal didorong oleh kredebiliti undian YouGov MRP dan terutamanya hasil menunjukkan kecondongan kepada parti Konservatif”.

Matawang pound didagangkan pada $1.2951 awal dagangan berbanding US dolar sebelum susut kepada $1.2932. Pound sterling juga mengukuh ke paras tertinggi 7 bulan lalu berbanding matawang euro pada paras €1.1742.

Penganalisis berpendapat walaupun pasaran kebanyakkannya tidak menyokong Brexit, namun pendirian pasti yang ditawarkan oleh kerajaan majoriti bermaksud bahawa UK boleh bergerak ke hadapan.

Disisi lain, Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sedikit sebanyak 0.03% pada paras 98.32 setakat jam 11.45 p.m.

Pasaran melihat ketidakpastian dalam kemajuan rudingan perdagangan antara A.S dan China semakin meningkat.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menandatangani dua rang undang-undang yang menyokong penunjuk perasaan di Hong Kong walaupun berulangkali menerima bantahan daripada China.

Tindakan ini telah menimbulkan kebimbangan buat pelabur mengenai kemungkinan ia akan memberi kesan kepada proses rundingan perdagangan antara AS dan China yang masih belum selesai kerana China pernah mengancam bahawa jika Trump meluluskannya ia boleh menjejaskan rundingan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat