Kebimbangan Selubungi Ekuiti Yang Bercampur Pada Akhir Minggu

149

Sentimen bertukar negatif pada akhir minggu dengan kebimbangan kemelesetan kembali apabila Bank of England (BOE) mengeluarkan amaran kemerosotosan yang berlarutan menjelang terbitan laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS).

Difahamkan BOE memutuskan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada 1.75%, selain meramalkan lebih banyak kenaikan agresif ekoran unjuran inflasi melonjak 13% sebelum akhir tahun.

Rentetan itu, Wall Street semalam mengakhiri sesi dengan bercampur apabila Dow Jones Industrial turun 0.26% pada 32,726.82, S&P 500 kekal pada 4,151.94 dan Nasdaq Composite raih 0.41% pada 12,720.58.

Indeks FTSE 100 Britain sedikit berubah berbanding indeks STOXX 600 pan-Eropah yang mencapai sedikit keuntungan ekoran beberapa laporan korporat yang kukuh.

Selain itu, tindakan China melaksanakan latihan ketenteraan berdekatan Taiwan dan ujian peluru berpandu yang mendarat di zon ekonomi eksklusif Jepun menggusarkan pasaran meluas.

Hasilnya, kebanyakan indeks dibuka mendatar dengan Nikkei Jepun dan Topix sedikit tinggi sementara Kospi tambah 0.52% dan Kosdaq capai 0.45% manakala indeks meluas MSCI Asia Pasifik luar Jepun tambah 0.19%.

Pelabur rantau Asia mungkin juga memberi fokus kepada minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) yang diterbitkan hari ini.

Aliran mata wang menyaksikan indeks dolar turun dari paras 106.5 kepada 105.724 sementara Yen Jepun pada $132.84 dan Euro tambah 0.59% pada $0.84205.

Sementara itu, hasil perbendaharaan 2 tahun turun 7.1 mata asas pada 3.0366% sementara hasil 10 tahun susut 6.3 mata asas pada 2.6846%.

Bagi komoditi, harga minyak mentah jatuh ke paras sebelum krisis Rusia-Ukraine dengan WTI jatuh 0.35% pada $88.23 dan niaga hadapan Brent susut 0.38% pada $93.76.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat