Kebimbangan Terhadap Kemelesetan Semakin Meningkat – Ini Kesan Kepada Dolar Euro!

340

Dagangan awal minggu sesi Asia menyaksikan dolar euro kekal diniagakan lemah di sekitar paras terendah sejak April 2017 berbanding US dolar, berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemelesetan ekonomi di Zon Eropah.

Ekonomi Jerman tidak berubah pada suku keempat 2019, didorong oleh kelemahan penggunaan isi rumah dan perbelanjaan kerajaan, sementara data berasingan menunjukkan pertumbuhan di Zon Eropah pula meningkat 0.1%, tetapi menandakan pertumbuhan paling lemah sejak 2014.

Selain itu, US dolar diniagakan meningkat berbanding safe-haven yen susulan penerbitan bacaan awal data pertumbuhan GDP Jepun bagi suku keempat 2019 yang menunjukkan penguncupan suku tahunan terbesar dalam tempoh 6 tahun.

Bacaan GDP menunjukkan ekonomi Jepun menguncup 1.6% pada suku keempat daripada kenaikan 0.4% yang direkodkan sebelum ini dan tersasar daripada unjuran untuk menyusut sebanyak 1.0%. Ini merupakan penyusutan terbesar sejak suku kedua 2014.

Secara tahunan, ekonomi Jepun menyusut 6.3% pada suku keempat daripada pertumbuhan 0.5% iaitu bacaan akhir yang dicatatkan pada suku ketiga, dan jauh tersasar daripada jangkaan untuk menguncup sebanyak 3.7%.

Penggubal dasar Jepun sebelum ini telah memberi amaran bahawa ekonomi akan mengalami penguncupan pada tiga bulan terakhir 2019 disebabkan kenaikan cukai jualan, bencana alam dan perang dagang A.S dan China yang menjejaskan penggunaan dan pengeluaran.

Pelabur kini sedang meneliti sama ada pertumbuhan akan pulih pada suku semasa sebagai hasil kepada projek yang dilaksanakan Bank of Japan (BOJ), sementara ancaman coronavirus pula muncul sebagai risiko baru kepada negara itu.

Sementara itu, bacaan jualan runcit teras A.S yang tidak berubah menandakan bahawa perbelanjaan pengguna bertumbuh dengan lebih perlahan. Ini menimbulkan kebimbangan terhadap keupayaan ekonomi negara itu untuk terus berkembang pada kadar sederhana.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan stabil pada 99.12.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat