Kecewa Dengan Laporan Pekerjaan Australia, Dolar Aussie Terima Tekanan Berganda!

263

Pekerjaan di Australia mengalami kejatuhan ketara dalam tempoh tiga tahun pada bulan lepas, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Australia. Dengan ini, ia menekankan bahawa perlunya rangsangan untuk memulihkan aktiviti ekonomi dan upah.

Kadar pengangguran Australia mencatatkan peningkatan sehingga 5.3% pada Oktober 2019 daripada bacaan terdahulu 5.2% dan juga tersasar daripada jangkaan pasaran. Bilangan penganggur meningkat sebanyak 17,100 manakala pekerjaan jatuh 19,000 daripada penambahan sebanyak 15,000 yang dijangkakan.

Data yang mengecewakan ini juga akan memberi tekanan politik kepada kerajaan konservatif Perdana Menteri Australia Scott Morrison untuk melancarkan tindakan fiskal untuk ekonomi. Setakat ini, Morrison menolak untuk bertindak dengan menyatakan kekuatan dalam pasaran buruh masih kukuh.

Dengan kejatuhan terbesar sejak akhir 2016 iaitu sebanyak 19,000 pekerjaan pada Oktober, ia akan memberi situasi yang sukar buat Morrison untuk mempertahankan kedudukannya.

Setakat ini, kesan pemotongan kadar faedah dilihat hanya memberi impak kepada inflasi harga rumah walaupun bank pusat Australia telah mengurangkan kadar faedah sebanyak tiga kali dalam tahun ini sehingga mencapai paras terendah pada 0.75%.

Susulan daripada itu, dolar Australia jatuh kepada 0.6812 berbanding dolar USD di awal dagangan sesi Asia. Sementara ketidakpastian terhadap perjanjian perdagangan AS dan China memberi tekanan kepada dagangan dolar Aussie berbanding yen, bacaan pekerjaan Australia yang merosot terus mendorong penyusutan ke atas matawang itu.

Selain itu, Westpac menjangkakan kadar pengangguran akan mencapai 5.6% pada pertengahan 2020, dan menyatakan ekonomi Australia masih jauh daripada sasaran pekerjaan penuh oleh Reserve Bank of Bank Australia (RBA) pada 4.5% dan jika bank mahu menggunakan dasar monetari sebagai pemacu ke arah itu, lebih banyak perkara yang perlu dilakukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat