Kecundang! Bursa Cerminkan Prestasi Lemah Wall Street Pada Awal Minggu

115

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 14.78 mata pada 1,479.17 daripada penutupan hari Jumaat pada 1,493.95.

Indeks dibuka lemah 10.19 mata pada 1,483.76.

Bursa melanjutkan kerugian minggu lalu untuk dibuka rendah pada hari ini, mencerminkan prestasi lemah Wall Street selepas bacaan inflasi Amerika Syarikat yang tinggi dari jangkaan.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi pada 496 mengatasi kaunter untung pada 55, manakala 204 kaunter pula tidak berubah, 1,519 tidak didagangkan dan 21 digantung.

Jumlah perolehan pada 251.27 juta unit bernilai RM128.14 juta.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menyatakan KLCI mungkin meneruskan trend penurunan pada minggu ini ekoran prestasi serantau yang lemah.

Beliau menjangkakan indeks akan berada pada julat 1,480-1,500 pada hari ini berdasarkan prestasi semalaman Wall Street yang menerima kesan daripada lonjakan inflasi dan jangkaan kenaikan kadar oleh Federal Reserve (Fed).

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) hilang 12 sen pada RM8.63, Public Bank Bhd susut 7 sen pada RM4.46 dan Petronas Chemicals Group Bhd turun 6 sen pada RM9.64 sementara IHH Healthcare Bhd kekal pada RM6.45.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy Bhd tambah 0.5 sen pada 5 sen, MLABS Systems Bhd turun 0.5 sen pada 3 sen dan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) susut 2 sen pada 97.5 sen sementara G3 Global Bhd dan Ta Win Holdings Bhd kekal pada 4.5 sen dan 3 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas melemah 116.41 mata pada 10,617.24, indeks FBM Emas Shariah menyusut 104.07 mata pada 10.893.17, FBM 70 menurun 164.45 mata pada 12,949.13, FBM ACE mengurang 83.70 mata pada 5,050.66 dan indeks FBMT 100 merosot 109.71 mata pada 10,319.64.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 185.36 mata pada 16,234.77, indeks Perladangan menyusut 50.78 mata pada 7,545.87 dan indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melemah 1.98 mata pada 191.35.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat