Kecundang, Tumbang, Terjatuh! Bursa Surut Dari Paras Tertinggi Minggu Lalu

231

Bursa Malaysia melanjutkan kerugian untuk di buka lemah ekoran sentimen bercampur Wall Street semalaman.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 0.74 mata pada 1,476.22 sebelum turun 3.88 mata pada 1,473.06 berbanding penutupan Selasa pada 1,476.96.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 145 atasi kerugian pada 152, manakala 254 kaunter pula tidak berubah, 1,739 tidak didagangkan dan 67 digantung.

Jumlah perolehan pada 353.69 juta unit bernilai RM75.44 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, muncul aktiviti profit-taking pada wajaran tinggi terpilih daripada keuntungan selepas pilihan raya umum lalu.

Tidak dilupakan juga faktor prestasi bercampur Wall Street dan sentimen pasaran tempatan yang negatif menggusarkan pelabur untuk membeli pada risiko.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank dan CIMB Group Holdings Bhd  turun 3 sen pada RM8.67 dan RM5.79, Public Bank Bhd jatuh 1 sen pada RM4.40, Petronas Chemicals Group Bhd susut 8 sen pada RM8.44 dan IHH Healthcare Bhd junam 4 sen pada RM5.91.

Saham aktif memperlihatkan MMAG Holdings Bhd kekal pada 3 sen dan Zen Tech International Bhd pada 4.5 sen, Leform Bhd turun 3 sen pada 20 sen dan SMTrack Bhd turun 0.5 sen pada 5.5 sen sementara MQ Technology Bhd naik 0.5 sen pada 5.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas turun 15.79 mata pada 10,528.72, indeks FBMT 100 kuncup 16.21 mata pada 10,243.70, FBM Emas Shariah Index susut 11.89 mata pada 10,650.68, FBM ACE naik 27.61 mata pada 5,224.33 dan FBM 70 lonjak 22.90 mata pada 12,719.27.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan turun 53.65 mata pada 16,595.40, indeks Produk serta Perkhidmatan jatuh 0.33 mata pada 181.25, indeks Tenaga kuncup 7.06 mata pada 756.85 sementara indeks Perladangan naik 8.54 mata pada 6,815.77.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat