Kedudukan Terikini Matawang Dalam Sesi Dagangan Asia, Aussie Mengukuh

50

Matawang U.S dolar menghampiri paras terendah 1 bulan lalu semalaman berikutan kesangsian terhadap pelan reformasi cukai walaupun data inflasi U.S menunjukkan peningkatan manakala matawang Australia mula mengukuh setelah laporan pekerjaan dikeluarkan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain jatuh ebelum mengukuh sedikit sebanyak 0.09% setakat jam 11.05 pagi kepada 93.80.

Menurut penganalisis Yukio Ishizuki, pada ketika ini isu pelan pemotongan cukai akan menjadi tumpuan utama dan dijangka rundingan ini akan ditangguhkan sehingga tahun hadapan.

Pelan refomasi cukai merupakan antara pendorong utama penngukuhan matawang US dolar sejak bulan September. Penangguhan pelan reformasi cukai menybebakan pengukuhan U.S dolar berikutan data inflasi dan jualan runcit terhalang.

AUD mengukuh sebanyak 0.09% kepada 0.7596 berbanding U.S dolar setakat jam 11.15 pagi.

Berdasarkan laporan Australia perubahan pekerjaan sebanyak 3700 pekerjaan berbanding jangkaan yang mensasarkan penambahan 17,500 pekerjaan. Kadar pengangguran jatuh kepada 5.4% daripada 5.5%.

Matawang Euro jatuh daripada paras tertinggi 3 minggu lalu kepada 1.1781. Manakala GBP/USD mengukuh sedikit, sebanyak 0.01% kepada 1.3173.

Pengukuhan ini didorong oleh laporan data buruh UK yang kukuh. Pelabur masih memberi tumpuan pada isu kepimpinan Theresa May.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat