Kedudukan Terkini Matawang Dalam Pasaran Asia, U.S Dolar Menyusut

479

Matawang U.S dollar menyusut dalam pasaran Asia, manakala matawang lain seperti euro, pound dan yen melonjak naik berikutan kenyataan Fed terhadap perlaksanaan polisi 2018, ditambah dengan jangkaan bahawa Jay Powell akan menduduki kerusi The Fed.

USD/JPY menyusut sebanyak 0.21% kepada 113.94, manakala AUD/USD mengukuh sebanyak 0.51% kepada 0.7716, EUR/USD mengukuh sebanyak 0.31% kepada 1.1655 dan GBP/USD mengukuh sebanyak 0.27% kepada 1.3281 setakat jam 11.50 pagi.

Berdasarkan laporan pada awal pagi hari ini, pembuat dasar Federal Open Market Committee (FOMC) bersetuju untuk mengekalkan kadar faedah dan menekankan bahawa pertumbuhan ekonomi U.S semakin mengukuh. Menurut penganalisis, Fed memberikan tanda-tanda bahawa kadar faedah dijangka akan dinaikan pada bulan hadapan.

Manakala, Australia melaporkan laporan yang positif apabila negara itu mencatat lebihan dalam imbangan perdagangan pada bulan September sebanyak AUD1.745 billion berbanding jangkaan yang mensasarkan AUD1.200 billion.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain menyusut sebanyak 0.29% kepada 94.43 setakat jam 11.50 pagi.

Selain itu, data terbaru sektor pekerjaan Amerika Syarikat merekod tambahan 235,000 pekerjaan pada Oktober lebih daripada jangkaan pasaran 202,000. Walaubagaimanapun, data pada September telah dikaji semula daripada 135,000 kepada 110,000.

Pengukuhan GBP berbanding U.S dolar adalah disebabkan peningkatan dalam pertumbuhan sektor pembuatan dan jangkaan bahawa Bank of England (BoE) akan meningkatkan kadar faedah pada dalam minggu ini.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat