Kedudukan Terkini Matawang Dalam Sesi Dagangan Eropah, US Dolar Meleset

59

Matawang U.S dolar susut berbanding matawang utama pada hari Khamis, berikutan ketidaktentuan terhadap pelan perlaksanaan reformasi cukai dan tumpuan pasaran terhadap lawatan Presiden Donald Trump di Asia.

Pelabur mengambil sikap berhati-hati apabila laporan berkenaan pelan reformasi cukai berbeza, dimana Senat U.S menyatakan pelan tersebut masih lagi berjalan seperti biasa dan laporan rasmi akan dikeluarkan pada hari ini.

Manakala versi lain iaitu daripada Washington Post menunjukkan bahawa ketua Senat Republikan sedang menimbang penangguhan selama setahun implementasi pemotongan cukai korporat bagi mematuhi peraturan Senat.

Sebarang penangguhan atau kebarangkalian perubahan cukai akan cenderung memberi kesan kepada matawang US dolar, kata penganalisis.

Selain itu, pemain pasaran menumpukan pada lawatan Presiden Trump ke Asia. Berdasarkan laporan pada hari Rabu, Trump telah menyatakan bahawa beliau akan mengutarakan rasa tidak senang beliau terhadap perdagangan U.S dengan China.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut 0.04% setakat jam 4.35 petang kepada 94.73.

Matawang euro kekal stabil berbanding U.S dolar iaitu kepada 1.1595 setakat jam 4.35 petang.

GBP/USD mengukuh sebanyak 0.16% kepada 1.3136, manakala USD/CHF mengukuh sebanyak 0.02% kepada 1.0004.

Matawang Australia mengukuh sebanyak 0.04% kepada 0.7683 berbanding U.S dolar. Matawang New Zealand mengukuh 0.01% kepada 0.6968 berbanding U.S dolar setakat jam 4.35 petang.

USD/CAD menyusut 0.02% kepada 1.2724 setakat jam 4.35 petang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat