Kedudukan Terkini Matawang, Euro Mencapai Paras Tertinggi 3 Minggu Lalu, Yen Susut

115

Matawang yen mengukuh dalam sesi dagangan Asia berbanding US dolar sebelum menunjukkan kejatuhan bermula jam 9 pagi. Pengukuhan ini didorong oleh pertumbuhan GDP yang melebihi jangkaan.

USD/JPY susut sebanyak 0.26% kepada 113.15, manakala AUD/USD susut 0.66% kepada 0.7575. GBP/USD susut 0.21% kepada 1.3138 setakat jam 10.40 pagi.

GDP Jepun pada suku tahun ketiga meningkat sebanyak 0.3% dan 1.4% setahun berbanding jangkaan yang mensasarkan pertumbuhan sebanyak 1.3%. Di Austalia, indeks upah meningkat 0.5% sukuan sedikit kurang daripada jangkaan yang mensasarkan 0.7% peningkatan. Berdasarkan kiraan tahunan indeks upah meningkat 2.0% setahun berbanding bacaan jangkaan 2.2%.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain mengukuh sebelum menyusut sedikit sebanyak 0.03% setakat jam10.40 pagi kepada 94.37.

Semalaman matawang U.S dolar menyusut berbanding matawng utama berikutan tekanan dairpada pengukuhan matawang euro ke paras tertinggi 3 minggu lalu.

Penyusutan ini terhalang apabila data inflasi melebihi jangkaan apabila inflasi harga pengeluar US dan bacaan teras (Core-PPI) meningkat lebih daripada jangkaan pada bulan Oktober.

Dalam laporan data yang dikeluarkan pada hari Selasa, harga pengeluar (Producer Price Index, PPI) meningkat 0.4% bulan lalu melebihi jangkaan kenaikan 0.1%.

Matawang Euro mengukuh ke paras 1,1793 iaitu paras tertinggi 3 minggu lalu. Pengukuhan ini didorong oleh keyakinan terhadap ekonomi Zon Eropah yang kekal kukuh.

Laporan data menunjukkan pertumbuhan ekonomi Zon Eropah di paras 2.5% pada suku ketiga lebih tinggi daripada pertumbuhan di Amerika Syarikat.

Satu lagi laporan menunjukkan ekonomi Jerman bertumbuh melebihi jangkaan 0.8% pada suku ketiga disokong oleh pengukuhan perdagangan dan pelaburan.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat