Kedudukan Terkini Matawang: Para Pelabur Memilih Matawang Safe Haven Di Tengah Konflik Geopolitik!

422

Matawang safe haven yen didagangkan tinggi pada paras 7 bulan lalu berbanding US dolar pada hari Selasa berikutan krisis matawang di Argentina, ketegangan di Hong Kong dan perang dagang yang semakin memberi kesan pada pertumbuhan global.

Matawang yen setakat ini didagangkan pada 105.49 bagi setiap dolar, kukuh sebanyak 0.19% setakat jam 9.45 p.m.

Matawang Jepun menjadi pilihan para pedagang matawang berikutan terdapat tanda-tanda yang semakin meningkat bahawa hubungan perdagangan AS-China dijangka tidak akan dapat diselesaikan dalam waktu yang singkat ini.

Selain itu, pengukuhan matawang yen juga didorong oleh faktor politik di Hong Kong. Demonstrasti yang berlaku menyebabkan terminal lapangan terbang Hong Kong terpaksa di tutup bermula semalam. Dalam masa yang sama, keputusan pilihan raya di Argentina yang mengejutkan telah menyebabkan matawang peso dan saham-saham Argentina terkesan.

Menurut penganalisis, pasaran kini berada dalam keadaan ‘risk off’ berikutan situasi yang berlaku di Hong Kong dan Argentina. Para spekulasi matawang meningkatkan pelaburan ke atas matawang yen.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan sedikit kukuh selepas mengalami kejatuhan pada petang tadi. Kini Indeks US dolar didagangkan pada paras 97.363, naik 0.16% setakat jam 09.45 p.m.

Matawang Euro didagangkan rendah berbanding US dolar iaitu pada paras 1.1196, susut sebanyak 0.14%.

Matawang Aussie yang didagangkan rendah pada sesi petang kini mula mengukuh dan didagangkan pada 0.6786 berbanding US dolar, kukuh sebanyak 0.48% setakat jam 9.50 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat