Kedudukan Terkini Matawang : Suasana Pasaran Semakin Reda Membuatkan Pergerakan US Dolar Perlahan!

362

Matawang US dolar didagangkan sedikit rendah berbanding matawang lain pada hari Khamis berikutan sentimen berisiko yang dihadapi pasaran semakin stabil selepas data perdagangan China menunjukkan suatu yang positif dan tindakan Beijing untuk menghadkan penyusutan matawang yuan. Hal ini telah menenangkan para pelabur selepas perang dagang AS-China semakin memburuk.

Data eksport China meningkat sebanyak 3.3% pada bulan Julai dalam kiraan tahunan. Bacaan ini sangat memberangsangkan dimana para penganalisis menjangkakan kejatuhan sebanyak 2%. Dalam masa yang sama, penggubal polisi telah menghadkan paras nilai yuan berbanding US dolar.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan rendah pada awalnya dan kini mengukuh sedikit sebanyak 0.13% pada paras 97.67 setakat jam 9.40 p.m.

Menurut penganalisis FX, Manuel Oliveri, komen terkini daripada pentadbiran China menunjukkan bahawa mereka mahu menstabilkan matawang yuan jika tidak yuan akan jatuh menjunam berikutan pengeluaran modal. Selain itu,faktor lain yang mengurangkan sentimen ialah pemotongan kadar faedah oleh beberapa bank pusat di beberapa buah negara.

Pada minggu ini, New Zealand telah mengikuti jejak langkah India dan Thailand untuk mengurangkan kadar faedah dan pasaran menjangkakan bank pusat yang lain akan ikut jejak langkah tersebut.

Setakat ini pengukuhan matawang yen berbanding US dolar semakin perlahan. Matawang kiwi pula naik 0.3% setakat ini pada paras $0.6463 selepas jatuh paras terendah 3 1/2 tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat