Kedudukan Terkini Matawang ,U.S Dolar Kekal Stabil Dalam Pasaran Asia

111

Matawang U.S dolar mengukuh berbanding 6 matawang utama pada awal pembukaan pasaran Asia, berikutan  tumpuan pasaran pada laporan pekerjaan U.S , ditambah pula pengumuman Presiden Donald Trump yangmengumumkan Gabenor The Fed, Jerome Powell sebagai pengerusi The Fed akan datang.

Pengumuman Jerome Powell sebagai pengerusi The Fed menyebabkan tempoh berkhidmat Janet Yellen akan tamat pada Februari 2018. Namun, terdapat indikasi bahawa Powell akan meneruskan pelan monetari polisi Yellen.

Keputusan Trump sejajar dengan jangkaan pasaran, justeru matawang U.S dolar tidak banyak berubah selepas laporan itu dikeluarkan .

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain mula mengukuh pada awal pembukaan pasaran Asia namun kekal stabil pada bacaan 94.61 setakat jam 10.20 pagi.

U.S dolar menyusut ke paras terendah sejak 26 Oktober semalaman selepas ahli Republik mengeluarkan laporan reformasi cukai.

Para analisis berpendapat  pelan permohonan yang diajukan itu mungkin tidak dapat meraih dukungan yang diharapkan daripada Kongres dan memiliki kesan yang positif terhadap ekonomi U.S. Pelan reformasi cukai Trump itu mengajukan pemotongan cukai syarikat daripada 35% kepada 20% dan mengurangi julan tax bracket bagi individu.

U.S dolar menyusut berbanding yen sebanyak 0.11% kepada 113.95 setakat jam 10.20 pagi. Euro pula kekal stabil berbanding US Dolar pada 1.1658.

Matawang Sterling mencatat penyusutan terbesar 1 hari berbanding U.S Dolar sejak Jun yang lalu semalan, berikutan Bank of England (BoE) meningkatkan kadar faedah buat pertama kali lebih dari 1 dekad. Namun mula mencatat pengukuhan berbanding USD sebanyak 0.05% kepada 1.3066 setakat jam 10.20 pagi.

AUD/USD menyusut sebanyak 0.34% kepada 0.7687 berikutan data jualan runcit Australia yang mendatar pada bulan September.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat