Kedudukan Terkini Matawang : US Dolar Masih Kukuh Walaupun Sentimen Pasaran Masih Dalam Keadaan Gawat!

349

Matawang US dolar meneruskan pengukuhan pada hari Jumaat selepas data jualan runcit AS meningkat. Dengan ini ia mengurangkan sedikit kekhuatiran terhadap negara tersebut. Walaubagaimanapun para pedagang dan pelabur matawang masih kekal berhati-hati berikutan risiko yang semakin meningkat.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh pada paras 98.172, naik 0.17% setakat jam 09.55 p.m. US dolar juga mencatat pengukuhan berbanding matawang yen dan swiss franc walaupun masih terdapat kekhuatiran terhadap protes yang berlaku di Hong Kong sehingga menimbulkan bencana dalam pasaran kewangan di sana.

Data yang dikeluarkan menunjukkan pengguna Amerika terus meningkat pada bulan Julai. Ini menimbulkan sedikit kelegaan selepas terdapat tanda-tanda pasaran bon AS akan berhadapan dengan kegawatan.

Pada hari Khamis, China telah bersumpah akan bertindak balas terhadap pengenaan tarif AS ke atas $300 billion barangan China. Dalam masa yang sama, Trump juga mengatakan bahawa beliau mengharapkan panggilan telefon daripada Xi Jinping bagi selesaikan perbezaan pandangan terhadap isu perdagangan.

Matawang Euro terus berada dalam tekanan berikutan data ekonomi yang lemah. Matawang Euro susut berbanding US dolar sebanyak 0.32% pada paras 1.1071 setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat