Kegagalan Hedge Fund Akibatkan Malapetaka – Pasaran Kerugian Berbilion Dolar!

2,600

Saham di Nomura dan Kredit merundum lebih jauh pada hari Rabu dengan sebanyak $9 bilion nilai pasaran mereka terhapus begitu sahaja pada minggu ini kerana impak dari kegagalan ‘hedge fund’  Archegos Capital.

Saham Credit Suisse turun 4% pada hari Rabu, menjadikan penurunan minggu ini kepada hampir 20%. Perkara ini menambah lagi tekanan dan menyukarkan Credit Suisse membeli kembali saham dan membayar dividen.

Modal pasaran bank telah menyusut sebanyak lima bilion franc Swiss sejak hari Jumaat kepada 25.57 bilion franc Swiss ($ 27.12 bilion). Sumber menganggarkan kerugian Credit Suisse mungkin berjumlah $ 5 bilion namun bank enggan mengulas hal tersebut.

Disisi lain, syarikat Nomura pula kehilangan $2 billion kesan dari kegagalan Archegos. Modal pasaran turun dari 2.3 trilion yen ($ 20,81 bilion) menjadi 1.88 trilion yen sejak hari Jumaat berdasarkan data Refinitiv.

Agensi penilaian menambahkan lagi tekanan dengan menurunkan taraf penarafan Nomura menjadi ‘negatif’. Pemain pasaran khusus pelabur saham mula mengambil langkah lebih berjaga-berjaga dalam berhadapan impak kegagalan ‘hedge fund’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat