Kegagalan Trump Menggantikan Obamacare Merugikan US Dolar

41

US dolar menjunam apabila rang undang-undang kesihatan baru masih gagal diteruskan selepas undian di Senat pada Isnin, seterusnya menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Presiden Trump dalam mengemudi negara ekonomi terbesar itu.

“Mengesalkan apabila usaha untuk memansuhkan dan menggantikan Obamacare tidak berjaya,” kata Senate Majority Leader Mitch McConnel.

Dua daripada ahli Republikan Senator Mike Lee dan Jerry Morgan menyertai Susan Collins dan Rand Paul menentang versi terbaru rang undang-undang bagi menggantikan Obamacare. Kini McConnell tidak mempunyai undi yang cukup bagi meluluskan rang undang-undang ini dalam dewan Senat yang mempunyai 100 orang ahli.

Ini adalah halangan terbaru yang dihadapi oleh Republikan walaupun mereka menguasai dewan Kongres dan White House. Ada juga laporan yang menunjukkan bahawa penduduk Amerika Syarikat lebih menyukai Obamacare berbanding apa yang diusulkan oleh Trump.

Perkembangan yang berlaku pada Isnin telah memberikan kesan kepada pasaran kewangan di mana saham Asia susut daripada paras tertinggi dua tahun lalu pada Selasa disamping kerugian yang dialami oleh US dolar.

Ini adalah satu tamparan hebat kepada pentadbiran Trump yang sehingga kini gagal membentuk rang undang-undang utama yang telah dijanjikan beliau dalam enam bulan pertama sebagai Presiden US.

Pelabur-pelabur global mulai ragu dengan kebolehan pentadbiran baru US untuk mengubah polisi yang lebih besar dan penting, jika Obamacare gagal dimansuhkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat