Kegawatan Ekonomi Cetus Kucar-Kacir Di Bursa Malaysia

311

Bursa Malaysia diniagakan tinggi namun dilihat ada berlaku profit taking di hampir kesemua indeks dan faktor itu telah mendorong sedikit penyusutan pada sesi dagangan hari ini.

Pada 9.07 pagi, petunjuk aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.58 mata kepada 1,513.24 berbanding 1,520.82 ketika ditutup pada Khamis.

Lapor Bernama, indeks itu dibuka 3.08 mata lebih tinggi kepada 1,523.9.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untuk sebanyak 218 berbanding 148, manakala 265 kaunter tidak berubah, 1,608 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 283.15 juta unit bernilai RM186.92 juta.

Di tengah kebimbangan mengenai peningkatan kes harian Covid-19 di negara ini, pakar penganalisis menjangkakan bahawa para pelabur nampaknya mencari lebih banyak pemangkin pemulihan ekonomi.

Malacca Securities mengatakan bahawa harga minyak sawit mentah (CPO) meningkat selaras dengan niaga hadapan kacang soya, manakala minyak mentah terus merosot.

Menurut firma broker, sektor perladangan mungkin akan mempamerkan lonjakan semula disebabkan oleh petunjuk yang lebih kukuh pada harga MSM.

Dengan peningkatan kes harian Covid-19 yang kini telah melepasi angka 10,000, firma broker juga berpendapat ia mungkin akan mendorong beberapa minat belian terhadap sektor sarung tangan.

Daripada saham aktif, Maybank turun dua sen kepada RM8.03, Public Bank turun satu sen kepada RM4.04 manakala Petronas Chemicals turun 14 sen kepada RM7.90 dan IHH Healthcare turun lima sen kepada RM5.65.

TNB dan CIMB masing-masing turun empat sen pada RM9.68 dan RM4.50.

Selain itu, LKL International tidak berubah pada 31.5 sen, Pasukhas turun tiga sen kepada 16.5 sen dan Berjaya Land naik dua sen kepada 31 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut 41.8 mata pada 11,051.48, Indeks FBMT 100 turun 41.97 mata kepada 10,761.86 dan Indeks FBM Emas turun 26.81 mata kepada 12,109.35.

FBM ACE merosot 60.41 mata kepada 7,176.04 dan FBM 70 turun 9.78 mata kepada 14,423.45.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 36.75 mata kepada 14,856.43 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 1.39 mata kepada 186.64, manakala Indeks Perladangan menambah 3.05 mata kepada 6,155.37.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat