Kegiatan Tentera Di Loji Nuklear Terbesar Eropah Membimbangkan

457

Serangan berterusan ke atas loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine telah menambahkan kebimbangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa akan berlakunya bencana lebih besar.

Walaupun begitu, tiada siapa yang mengakui terlibat melakukannya, dengan Rusia dan Ukraine terus menuding jari antara satu sama lain atas serangan tersebut.

Pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB yang dipanggil untuk membincangkan situasi itu, ketua pemerhati nuklearnya, Rafael Grossi memberi amaran bahawa ia adalah ‘waktu yang teruk’.

Malah, Setiausaha Agung PBB Antonia Guterres juga berkata bahawa ia boleh membawa kepada bencana.

Sementara itu, China dan Amerika Syarikat pula menggesa pakar PBB untuk dibenarkan melawat loji tersebut dengan segera.

Amerika mendesak supaya zon bebas tentera (demilitarisasi) diwujudkan di sekitar loji itu dengan mengatakan pertempuran berhampiran loji nuklear adalah berbahaya dan tidak bertanggungjawab.

Namun, wakil PBB Rusia berkata demilitarisasi bukanlah satu pilihan kerana ia akan menjadikan loji itu lebih terdedah kepada provokasi dan serangan keganasan.

Stesen Janakuasa Nuklear Zaporizhzhia yang terletak di bandar Enerhodar tenggara Ukraine, adalah loji nuklear terbesar di Eropah dan antara 10 terbesar di dunia.

Ia terdiri daripada enam reaktor air bertekanan dan menyimpan sisa radioaktif yang mana selepas merampas kompleks itu, Rusia mengekalkan pekerja Ukraine.

Setakat ini, pegawai pemantau nuklear PBB tidak dapat memeriksa loji tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat