Kegusaran Omicron Berkurang, Saham Kembali ‘Meliar’

340

Dolar Amerika Syarikat (AS) mencanak naik sementara saham Eropah pulih pada Isnin selepas kebimbangan terhadap Omicron mengurang telah mningkatkan minat belian pelabur terhadap saham yang berpotensi memberikan prestasi baik dalam persekitaran kadar faedah yang meningkat.

Saham pada Wall Street ditutup positif tatkala saham sensitif ekonomi yang diterajui oleh bank dan saham tenaga meningkat 1.46% berbanding kenaikan 0.94% dalam saham pertumbuhan.

Penggubal dasar Federal Reserve (Fed) berkemungkinan mempercepatkan tapering program pembelian bon pada pertemuan mesyuarat minggu depan sebagai tindak balas kepada pasaran buruh yang mengecewakan pada laporan pekerjaan November dan berkemungkinan juga akan menaikkan kadar lebih awal daripada unjuran bagi mengekalkan inflasi.

Saham Wall Street mengurang dari keuntungan sebelumnya dengan indeks purata Dow Jones Industrial naik 1.87%, S&P 500 tambah 1.17% dan Nasdaq Composite capai 0.93%.

Indeks MSCI seluruh dunia menokok 0.81% dan indeks meluas STOXX Eropah 600 mencanak 1.28%.

Saham tenaga dan perbankan adalah penggerak terbesar di Eropah yang mana masing-masing ditutup naik 1.86% dan 1.83% sementara saham perindustrian dan asas pengguna adalah sektor terkuat S&P yang meningkat 1.64% dan 1.60%.

Sementara itu, indeks MSCI Asia-Pasifik luar Jepun susut 1%.

Saham Evergrande China kehilangan 20% selepas pelabur mengatakan tiada jaminan firma itu memiliki dana secukupnya untuk membayar hutang.

Indeks dolar yang mengukur sejumlah mata wang berbanding 6 mata wang lain naik 0.095% pada 96.292.

Euro susut 0.27% pada $1.1283 sementara Yen meningkat 0.62% pada $113.5000.

Hasil perbendaharaan 10 tahun AS melonjak 9.5 mata asas pada 1.436% selepas kehilangan hampir 13 mata asas pada minggu lepas.

Pasaran masih menjangkakan pengetatan Fed yang agresif untuk melawan kenaikan inflasi.

Bitcoin menyusut 0.63% pada $49,124.70 selepas mencapai nilai terendah $41,967 pada hujung minggu kerana kebimbangan aktiviti pengambilan untung dan makro-ekonomi telah mencetuskan jualan bernilai hampir 1 bilion dolar merentasi mata wang kripto.

Harga minyak mentah Brent naik $3.20 pada $73.08 setong sementara harga minyak mentah AS tambah $3.23 pada $69.49 setong.

Niaga hadapan emas turun 0.3% pada 1,779.50 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat