Kehangatan Inflasi Kanada Pacu Loonie Lebih Tinggi!

211

Peningkatan kadar inflasi Kanada yang lebih tinggi pada bulan Mac terus memberi sokongan untuk dagangan dolar loonie meningkat berbanding dolar greenback.

Seperti situasi yang dialami di negara lain, indeks harga pengguna (CPI) Kanada meningkat ke paras tertinggi 31 tahun pada bulan lalu, dengan catatan sehingga 6.7% daripada 5.7% yang dicatatkan sebelumnya.

Angka yang dicatatkan ini membuktikan bahawa tindakan Bank Pusat Kanada (BOC) untuk menaikkan kadar faedah minggu lalu adalah tepat, iaitu dengan kenaikan sebanyak 50 mata asas kepada 1.00%.

Dengan peningkatan berterusan dalam kadar inflasi, pelabur meningkatkan keyakinan bahawa BOC akan melaksanakan peningkatan pada kadar yang sama pada mesyuarat akan datang.

BOJ juga dijangka akan kekal mendahului Federal Reserve (Fed) dalam penetapan dasar monetari, menjadikan loonie kurang terkesan dengan pengukuhan US dolar berbanding kebanyakan mata wang utama lain.

Dolar Kanada didagangkan pada paras ketinggian hampir tiga minggu walaupun di tengah-tengah dagangan minyak mentah yang tidak menentu.

Sementara hasil bon Kanada 2 tahun pula mencecah paras tertinggi sejak Oktober 2008 susulan penerbitan data inflasi pada 2.59%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat