Kejatuhan Besar Stok AS Punca Harga Minyak Tinggi

317

Dagangan komoditi hitam melanjutkan kenaikan semalaman selepas data industri menunjukkan kejatuhan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat yang lebih besar dari dijangkakan.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat meningkat lebih 1% dengan didagangkan pada $71.25 setong.

Sementara niaga hadapan minyak mentah Brent pula menokok 0.9% ke sekitar harga $75 setong.

Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan penurunan sebanyak 6.1 juta tong dalam bekalan minyak mentah AS pada minggu lepas. Kejatuhan ini jauh lebih besar daripada jangkaan pasaran untuk penurunan sebanyak 2.4 juta tong.

Pasaran kini menantikan data rasmi daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) pada hari ini untuk mengesahkan kejatuhan besar dalam inventori minyak dan bahan bakar.

Pengurangan pengeluaran dijangka akan berterusan setelah Royal Dutch Shell, pengeluar terbesar di Teluk Mexico, mengatakan kerosakan pada fasilitinya akan menyebabkan pengurangan sehingga awal tahun depan.

Dalam pada itu, API juga melaporkan inventori petrol jatuh sebanyak 432,000 tong dan stok penyulingan pula berkurang 2.7 juta tong pada minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat